Kamen Rider Black
Kamen Rider Black

Kamen Rider Black

Kamen Rider Black (仮面ライダーBLACK, Kamen Raidā Burakku) (harfiah: Masked Rider Black), juga dikenali di Malaysia dan Indonesia sebagai Kesatria Baja Hitam, merupakan sebuah siri adiwira tokusatsu Jepun yang sangat popular. Ia merupakan siri kelapan daripada francais tokusatsu Siri Kamen Rider. Ia adalah hasil kerjasama antara Ishinomori Productions dan Toei, serta disiarkan di Mainichi Broadcasting System dan Tokyo Broadcasting System dari 4 Oktober 1987 sehingga 9 Oktober 1988 dengan jumlah episod sebanyak 51 episod kesemuanya. Dengan jalan cerita yang penuh dramatik serta hubungan tragik antara Kamen Rider dengan musuh utamanya, siri ini bukan sahaja popular di Jepun tetapi juga di beberapa negara lain terutamanya Malaysia dan Indonesia. Siri tersebut sering dianggap sebagai siri klasik serta dianggap sebagai siri Kamen Rider paling popular pada lewat 80an, serta merupakan siri Kamen Rider Zaman Showa paling popular. Kamen Rider Black RX merupakan sambungan terus kepada siri ini. Siri ini turut diadaptasikan ke dalam manga bertajuk Kamen Rider Black (仮面ライダーBlack, Kamen Raidā Burakku).